Aku membuka mata perlahan-lahan dan aku kini terbaring di dalam bilik. Kepalaku yang masih berdenyut menyukarkan pergerakan aku untuk bangun.
"Kau dah kenapa Lia"suara Fisha menyapa aku dan serentak itu aku lihat Lia mendekatkan wajahnya kepadaku.
Melihat kepada wajahnya yang pucat, bertompok-tompok putih dan bibirnya yang seakan pegun tidak bergerak ketika berbicara, aku menjerit kuat apabila bayangan wajah-wajah vampire dalam filem twilight seakan terlayar satu-persatu di mindaku.
"Hoi...yang kau jerit dah kenapa"Fisha yang terkejut membaling sebiji bantal dan ianya tepat mengenai wajahku.
"Aku ingat..kau..."aku beristighfar sambil meraup wajah.
"Ni akulah...Fisha...kau ingat aku apa..hantu ke? Logiklah sikit, mana ada hantu pakai baju tidur Frozen kaler pink kot"Fisha membalas sambil tangannya menggosok-gosok serbuk putih di wajahnya.
Baru aku teringat kalau Fisha punya tabiat menyapu wajahnya dengan yogurt Greek setiap malam sebelum tidur sebagai masker yang konon-kononnya untuk menjaga kelembapan kulit.
"Kau yang angkut aku ke tadi?"bagaikan baru tersedar, aku bertanya Fisha yang sedang mengosok-gosok wajahnya dengan kapas lembab.
"Saya yang dukung awak masuk. Tak sangka pula awak pengsan lepas dapat call tadi"suara Hilmi menyapa aku tiba-tiba.
Baru perasan kalau dia sedang duduk bertenggek di hadapan pintu masuk dengan sebahagian badannya dipaling menghadap ke arahku.
"Er...saya inngat awak....."
"Hantu?"dia membidas percakapanku lalu tersenyum manis.
"Awak ni Lia...mana ada hantu pandai main telefon. Tadi tu In yang call saya pakai nombor saya. Agaknya dia call nombor saya yang satu lagi tak dapat, dia call awak la cari saya. Lagipun saya ada dua nombor, kebetulan saya tertinggal phone satu lagi tu dekat In petang tadi."
Ada getar di dada saat nama Nurin disebut Hilmi. Bagaimana dia tega menyebut nama Nurin dengan santai sedang beberapa minit yang lepas dia sudah mengocak hati wanitaku dengan pengakuan berani matinya.
"Dah lewat. You better be going by now"aku bersuara perlahan dan pura-pura menguap seolah-olah penat.
Tanpa banyak soal, Hilmi bangun lalu mengibas buntutnya. Dia menjenguk sedikit ke dalam mencari wajahku dan pandangan mata kami bertemu.
"Apa yang kita sembang tadi....I mean it Lia...."
"Dah lewat ni Hilmi...Selamat malam"aku mengalihkan pandangan mata dari wajahnya.
Entah kenapa, hatiku merasa berkecamuk, rasa kecewa dan marah seakan mengusai perasaan saat ini. Terasa ingin aku jeritkan sahaja kepada Hilmi kalau dia juga terlewat...kalaulah dia meluahkan apa yang diluah tadi dua bulan selepas dia mengenali Nurin, pastinya aku tidak teragak-agak seperti saat ini..Kalaulah....
Suara Fisha berdehem kuat mengejutkan aku. Wajah Fisha yang sudah berkerut seolah-olah ada tanda tanya besar bergantung di situ membuatkan aku merasa serba-salah. Teragak-agak kalau ianya perlu dikongsi dengan orang lain selain hatiku sendiri.
******
No comments:
Post a Comment